Friday, August 12, 2011

Iftar ke 11 kot? Mak dah lost count.





Ni tengok dulu gambar bayi 10 bulan melalak.. Apsal gigi 2 batang je tak nak tumbuh2??

Iftar aku mostly dengan adik ipar aku je. So masak ikut sedap tekak aku. Kalau Mohd Rafi ada pon aku ikut sedap tekak. Sebab bila aku tanya nak masak apa jawapan dia sungguh tak memberansangkan.

Arini akak masak asam pedas ikan duri.. Gambar2 ni semua lepas makan baru teringat nak amek.. Howww???

Kau ado amek gambar dengan senduk2 sekali???
Peria goreng.

Macaroni goreng semalam yang tak jadi masak akak bring foward ke hari ini.. Kau mampu buat konsep bring foward mcm akak??


Last skali tengok gambar di bawah ni:


Yang akak nak focuskan bukan Pahat ye... Tapi jari akak yang chantek ittewwww...
Masa akak nak amek Pahat kat rumah BS, time keluar kereta nak tutup pintu tiba2 akak tersedar jari akak tersepit kat pintu kereta uolllss... Sakit ya ampunnnnn...

Lemah okeh satu badan. Padan muka kau!! Yang akak heran tuh, cemana boleh satu jari jah iaitu jari manis jah yang tersepit?? Mengapakah jari2 lain tak kena???

Sampai sekarang berdenyut2 jari akak nih.

Esok first thing pagi2 kena pegi klinik nak amek Ferum. Aku rasa my HB is getting worse la bila aku duduk buat kuih nak bangun rasa mcm nak pitam. Ni kalau aku pregnant lagi skali ntah berapa low HB aku agaknya.

Pastu nak bawak Pahat pegi klinik jugak. Dia selsema puiler. Harap2 jangan selsema lama2 kesian tengok dia..

Akak ado beli pasta untuk baby. Esok akak masak utk Pahat!!



4 comments:

acik oren said...

kak,
masa jumpa dulu pun saya rasa mcm akak tak cukup makan kurus okeyy.

jangan lupa makan kerang and bayam byk byk.

nah ambik lemak saya 20kg.

hehehehe

cikgaban said...

jaga kesihatan kak.

betul kata acik.makan la kerang n bayam byk2. tak lupa jugak hati ayam ke.

take care kak

Mrs Nageb said...

Nanti share pasta babybtuh ya..huhuhy

kimot said...

mmmm..akak ada thalassemia ke?

iklan